1. ADA pelajar yang suka belajar di pagi hari manakala ramai juga yang suka belajar pada waktu malam dan ada pelajar yang suka belajar di waktu petang. Walau apa pun pilihan anda, pastikan waktu itu masa paling sesuai untuk minda anda mempelajari sesuatu.

2. Selalunya pelajar suka mendengar nasihat yang terlalu umum seperti masa yang terbaik untuk belajar adalah pada waktu awal pagi atau lewat malam. Sebenarnya, ini semua bergantung kepada masa aktif anda.

3. Apa yang dimaksudkan dengan masa aktif ialah satu masa apabila anda rasa mudah untuk belajar sesuatu.

4. Ada di kalangan pelajar yang masa aktifnya selepas bangun tidur, tidak kira tidur waktu malam atau siang.

5. Jika ketika belajar apabila mula rasa dan tidak dapat memahami apa yang dipelajari anda boleh berhenti dan tidur sebentar.

6. Apabila bangun minda anda akan segar semula dan dapat belajar dengan lebih aktif.

Ini adalah cara terbaik menggunakan masa aktif. 8)

Comments (0)